PEGUAM HARTANAH & PERUMAHAN DI KELANTAN.

Dapatkan khidmat guaman bagi urusan geran, kelulusan EXCO serta pembiayaan LPPSA dan pinjaman bank mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kami Bantu Dalam Urusan Hartanah di Kelantan.

Kami di Syamimi Mazri & Co membantu mengurus urusan hartanah di Kelantan dari peringkat awal sehingga selesai, termasuk perkara yang melibatkan kebenaran EXCO, sekatan kepentingan dan pembiayaan LPPSA atau pinjaman bank.

Setiap urusan akan melalui semakan dokumen, penyediaan perjanjian serta komunikasi dengan pihak berkaitan supaya proses dapat berjalan dengan lancar. Ini penting untuk mengelakkan kelewatan, penolakan permohonan atau isu yang boleh menjejaskan proses pindah milik.

“Urusan hartanah bukan sekadar transaksi, tetapi perlindungan hak anda.”

Khidmat Guaman Hartanah Yang Disediakan.

Kami mengendalikan pelbagai urusan hartanah dengan pendekatan profesional dan berhati-hati untuk melindungi kepentingan anda.

Semakan Geran dan Status Hak Milik

Kami membuat semakan menyeluruh ke atas geran hartanah bagi mengenalpasti sekatan, kaveat, atau syarat khas yang boleh memberi kesan kepada transaksi.

Penyediaan dan Semakan Perjanjian Jual Beli (SPA)

Dokumen perjanjian disediakan dengan teliti bagi memastikan semua terma jelas, adil, dan melindungi hak pembeli serta penjual.

Urusan Pindah Milik Hartanah

Kami menguruskan proses pindah milik dengan pihak berkuasa berkaitan sehingga selesai dan didaftarkan secara sah.

Permohonan Kebenaran Pihak Berkuasa

Termasuk urusan berkaitan sekatan kepentingan atau kelulusan pihak berkuasa negeri seperti EXCO.

Penyelarasan Pinjaman Bank dan LPPSA

Kami membantu menyelaras dokumentasi pinjaman supaya proses pembiayaan berjalan lancar tanpa kelewatan.

Cabaran Dalam Urusan Hartanah di Kelantan.

Urusan hartanah di Kelantan mempunyai keperluan dan prosedur tersendiri yang berbeza berbanding negeri lain. Tanpa pemahaman yang jelas, ramai pembeli dan penjual hanya menyedari isu sebenar apabila proses sudah berjalan.

Tiada Kebenaran EXCO Untuk Pembeli Luar Kelantan

Pembeli bukan anak Kelantan tidak memohon kebenaran EXCO lebih awal menyebabkan urusan jual beli tidak dapat diteruskan dan proses menjadi tergendala.

Geran Masih Atas Nama Pemilik Lama

Geran hartanah belum ditukar milik kepada penjual semasa menyebabkan proses pindah milik tidak dapat dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Status Tanah Menghadkan Urusan Jual Beli

Tanah berstatus rezab Melayu, pegangan pajakan atau pertanian mempunyai sekatan tertentu yang menghadkan pemilikan dan urusan pindah milik.

Caveat Didaftarkan Oleh Pihak Ketiga

Terdapat caveat pada geran yang menghalang urusan pindah milik didaftarkan di Pejabat Tanah sehingga perkara tersebut diselesaikan terlebih dahulu.

Geran Hilang, Rosak atau Tidak Sah Digunakan

Geran asal tidak dapat digunakan kerana hilang, rosak atau tidak dalam keadaan yang diterima untuk tujuan urusan rasmi di Pejabat Tanah.

Permohonan Pinjaman Tidak Diluluskan

Permohonan pembiayaan LPPSA atau pinjaman bank tidak diluluskan atau tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk meneruskan pembelian hartanah.

Proses Pinjaman Perumahan Tergendala

Pinjaman LPPSA atau bank tidak dapat diteruskan kerana syarat tambahan seperti kelulusan EXCO atau conditions precedent belum dipenuhi.

Perjanjian Ditandatangani Tanpa Semakan

Perjanjian jual beli ditandatangani tanpa semakan peguam menyebabkan risiko dari segi terma serta boleh membawa kepada kelewatan dalam proses.

Kelewatan Pindah Milik dan Penalti

Kelewatan dalam proses pindah milik boleh menyebabkan pihak pembeli dikenakan penalti berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan dalam perjanjian

Bagaimana Kami Mengurus Urusan Hartanah Anda.

Kami mengurus setiap peringkat urusan hartanah anda bermula daripada semakan awal sehingga proses pindah milik selesai, termasuk penyediaan dokumen dan koordinasi dengan pihak berkaitan supaya semuanya berjalan lancar.

Semakan Status Tanah & Risiko Awal

Kami mulakan dengan semakan geran dan status tanah untuk kenal pasti sebarang sekatan, syarat khas atau isu yang boleh menjejaskan urusan dari awal.

Perancangan & Nasihat Berdasarkan Situasi

Kami jelaskan langkah yang perlu diambil termasuk keperluan EXCO, jenis pembiayaan serta dokumen yang diperlukan sebelum proses diteruskan.

Pengendalian Dokumen & Perjanjian

Kami sediakan serta semak semua dokumen penting termasuk perjanjian jual beli supaya setiap terma jelas dan mengikut keperluan undang undang.

Penyelarasan Dengan Bank & Pihak Berkaitan

Kami urus komunikasi dengan pihak bank, LPPSA dan Pejabat Tanah bagi memastikan semua proses berjalan serentak tanpa gangguan.

Penyelesaian Proses & Pindah Milik

Kami pantau keseluruhan urusan sehingga pindah milik selesai dan hak milik didaftarkan atas nama anda secara rasmi.

“Bersama Syamimi Mazri & Co., setiap keputusan hartanah dibuat dengan keyakinan.”

Lihat Profil Peguam di Syamimi Mazri & Co.

Kenali barisan peguam di Syamimi Mazri & Co. serta pengalaman mereka dalam mengurus urusan hartanah di Kelantan.

Nur Syamimi Binti Mazri

LLB (Hons), LLBS (Hons) IIUM

Peguam Utama di Syamimi Mazri & Co.

Kepakaran :

  • Jual beli hartanah (subsale & projek baru)
  • Pindah milik hartanah
  • Semakan geran & dokumen
  • Penyediaan dan semakan SPA
  • Urusan pembiayaan bank & LPPSA

Bidang Amalan Lain Yang Dikendalikan di Syamimi Mazri & Co.

Selain urusan hartanah, Syamimi Mazri & Co. turut membantu dalam beberapa bidang lain yang berkaitan dengan keperluan undang-undang anda.

Pusaka

Membantu dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka termasuk proses tuntutan dan dokumentasi yang berkaitan.

Syariah

Mengendalikan urusan berkaitan undang-undang syariah seperti faraid, hibah dan perkara berkaitan keluarga.

Pembinaan

Menyediakan khidmat guaman berkaitan projek pembinaan termasuk semakan dokumen dan urusan kontrak.

Hibah

Membantu dalam penyediaan dokumen hibah bagi memastikan perancangan harta dibuat dengan jelas.

Hubungi Kami di Syamimi Mazri & Co.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat guaman, hubungi kami untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji.

Alamat Kami

PT 4490(A), Tingkat Atas, Bandar Baru Jelawat 16070 Bachok, Kelantan

WhatsApp

011-10677585

Email

syamimimazrilaw@gmail.com